SRIWIJAYA - MAJAPAHIT wrote:
<quoted text>
Lihat pahlawan-pahlawan malayan pada waktu itu berjuang untuk kemerdekaan Indonesia Raya.
Kenapa Malaysia sekarang menghianati perjuangan tersebut ?
Anda perlu lihat dalam konteks garis masa…Selepas Sukarno di culik dan terpaksa membuat deklarasi walaupun dia rasa bukan masa yang sesuai tetapi kesannya…Malaya merasakan mereka bersendirian ,,,,
Dengan kedatangan balik inggeris ke Semenanjung ….maka rakyat Malaya terpaksa berdepan sendirian dengan inggeris di kala Parti kominis Malaya menghukum penduduk yang berbaik dengan jepun..masa itu ramai orang melayu/jawa baik dengan jepun kerana mahu merdeka menubuhkan indonesia raya…dan ramai yang baik dengan jepun di hukum bunuh…
British kemudiannnya membantu mengaman Malaya yang berdarah…dan cuba menukarkan status negeri negeri prokteriat ke Negara jajahan Malayan union.
Protes besar-besaran orang Melayu di bawah pimpinan elit
aristokrat-pentadbir Melayu telah memaksa British menarik balik projek Malayan Unionnya dan
telah meletakkan golongan elit itu sebagai calon terkehadapan untuk mewarisi kuasa daripada
British. Gerakan protes itu telah mengubah dirinya pada tahun 1946 kepada United Malays
National Organization (UMNO) dengan Datuk Onn Jaafar, seorang kerabat diraja Johor dan
Pegawai Daerah dalam perkhidmatan pentadbiran kolonial, sebagai ketuanya. Datuk Onn
meletakkan jawatannya pada tahun 1951 kerana perbezaan pendapat tentang soal penyertaan
bukan Melayu dalam politik nasional. Beliau digantikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, saudara
kepada Sultan Kedah pada masa itu dan juga ahli elit pentadbiran kolonial.
Perlembagaan 1957 untuk persekutuan sebelas negeri Malaya (dipanggil Semenanjung Malaysia
selepas terbentuknya Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963)
memperuntukkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen bermodelkan Britain.
Walaupun perlembagaan itu mengandungi apa yang lazim bagi pemerintahan demokratik --
piliharaya, kebebasan-kebebasan asas, kesamaan hak warganegara -- ia masih mengekalkan
peraturan-peraturan darurat yang asalnya digubal untuk menangani ancaman pemberontakan
komunis, termasuk kuasa kerajaan untuk menahan tanpa pembicaraan awam sesiapa yang
disyaki menggugat keselamatan negara di bawah apa yang kini dikenali sebagai Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walau bagaimanapun, Malaysia di bawah pemerintahan
Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan "satu perikatan birokrat-aristrokrat Melayu
Sokongan British kepada kelas aristokrat-birokrat Melayu berjalan seiring dengan penindasannya
terhadap kumpulan-kumpulan beraliran kiri .
Walaupun sukarno kembali selepas 10 tahun menguatkan Indonesia tetapi ternyata 10 tahun terlambat dan golongan aristrokrat melayu menolak Indonesia,,,,,,rundingan Mal-Indo gagal,,,
Sukarno sekiranya dia berpuas hati dengan Indonesia,,,Dari sabang ke marake maka sudah tentu hidupnya sebagai presiden akan lebih selamat ..dan sudah tentu dia akan kekal lama sebagai presiden.
Tetapi dia masih ingin meneruskan wawasan Indonesia raya Yng di pendamnya,,,itu maknanya dia harus gabungkan kawasan bekas kawasan hindia barat dan kawsan pengarug Britannia,,,Satu perbuatan yang amat merbahaya aku kira sekali namun dia tetap berani…Ibarat memasukkan tangan ke sarang lebah untuk mendapat madu dari lebah,,,