Judged:
1
Subject: Fw:[pemudapg] Assalammualaikum.... Isu PG
>>>>
>>>>
>>>> > Kami Warga Taman Cendana yg cintakan keamanan, kesejahteraan, berterima kasih dgn keperihatinan Seluruh Rakyat yg mengambil berat dgn nasib orang-orang melayu di Taman Cendana. Sesungguhya kami benar-benar tidak paham apa sebenarnya yg dimahukan oleh segelintir manusia yg mahukan kami bergaduh, berkelahi dgn kaum lain di tempat kami.
>>>> >
>>>> > Kami berasa "Hairan Bin Ajaib" dgn berita-berita luar, kami
>>>> > sendiri yg menghuni penempatan perumahan Taman Cendana belum lagi pernah berselisih paham dan ketidak puashatian diantara
masyarakat sekitar. Tetapi kami sendiri "Pening-Pening Lalat" dgn berita
sensasi SMS yg ditimbulkan kebelakangan ini. Oleh yg demikian warga Taman Cendana harus berwaspada dalam tindak tanduk yg dilakukan.
>>>> >
>>>> > Kami warga Taman Cendana seperti juga tuan-tuan cintakan
>>>> > kedamaian, keamanan dan semua perkataan yg baik-baik. Malah bukan setakat perkataan baik-baik sahaja tapi realiti dan makna
perkataanitu yg kami semaikan di dalam hati. Kami juga seperti semua
Rakyat Malaysia yg akan menyambut kemerdekaan Malaysia yg ke 50 tahun pada tahun ini. Tapi kenapa kehidupan harian kami "dijajah" oleh SMS 'WARTAWAN' teknologi telefon bimbit. Tuan-tuan pun maklum dgn kecanggihan teknologi telefon bimbit masa kini yg mampu dibeli
oleh masyarakat. Tapi pernahkah tuan-tuan melihat atau telah menerima sendiri MMS bergambar yg mana ianya boleh membuktikan kami
diserang atau menyerang atau sedang merusuh. Biar kami tolong tuan-tuan menjawabnya. Berana kami mendakwa tuan-tua berbohong kepada kami jika tuan-tuan mengatakan pernah menerimanya atau melihatnya. Cubalah kita berfikir sejenak. Cubalah kita bertanya dgn diri kita sendiri.
Ada benarnya tidak pertanyaan kami.
>>>> >
>>>> > Sebenarnya apa yg dialami oleh kami warga Taman Cendana kebelakangan ini adalah kesedihan akibat SMS palsu yg tumbuh melata ini. Jika diikutkan, kami tidak akan memaafkan "WARTAWAN SMS" palsu berhati celupar ini. Tergamak mereka mengada-adakan cerita hingga menakutkan warga tua dan ibu bapa dikampung. Cubalah tuan-tuan renungkan, bergenang airmata ibubapa ketika mengadah tangan berdoa memohon keselamatan anak cucunya dan ketika berhubung bertanya khabar anak cucunya berhati-hati ketika berada jauh dimata. Betapa
pilunya hati anak cucu pabila mak ayah mahupun nenek dikampung
teresak-esak menahan sebak meluahkan keresahan mereka.
>>>> >
>>>> > Kami Warga Taman Cendana menyusun sepuluh jari merapatkan tangan berdoa kepada Tuhan agar turunkan hidayat kepada penyebar berita palsu ini. Kami akan lebih tunduk hormat kepada tuan tuan jika berjemaah solat hajat mendoakan kesejahteran kami dan menjauhkan isu ini dari menerima tuan-tuan berduyun-duyun ke penempatan kami nanti.
>>>> >
>>>> > Justeru itu, semua penyebaran SMS adalah tidak benar dan tidak mencerminkan keadaan sebenar.
>>>> >
>>>> > Merdekakanlah fikiran kita. Sesungguhnya tiada apa yg lebih bernilai dari keamanan dan perpaduan. Salam perpaduan dari kami Warga Taman Cendana.
>>>> >
>>>> > ***TOLONG SEBARKAN MESEJ INI...***
>>>> >
>>>> > IKHLAS DARI
>>>> > AHMAD ROH
>>>> > TAMAN CENDANA