|
Honey
|
Ni satu lagi..
Jemputlah datang jangan segan Ke rumah kecil atapnya biru Walaupun kita berlainan fahaman Sejadah sepasang ke Masjid Aru
(maksudnya klu abang dan kak Rita datang, Honey boleh bawak gi masjid)
|
|
student
|
Sep 19, 2007 Pantun rita di AKDK makin dipendam makin lara rindu hati tidak terkata tiada teman tempat berbicara hanya pada MU ku serah derita .
Kini aku datang pada mu Hasil doamu masa yang lalu Terimalah daku sepenuh hatimu Allah telah pun memberi restu.
|
|
Honey
|
Hi abang student..where is sis Rita?
|
|
student
|
Honey wrote: Hi abang student..where is sis Rita? Baru tadi sms dia. ada makan besar hari ni, makan besar tak ajak abang student
|
|
student
|
Oct 4, 2007 maaf sayang jangan aku dimusuhi ingin ku miliki jejaka pujaan apa pun jua kata ibu aku patuhi kerana aku seorang perempuan
pilihan hati selalu jadi bantahan aku tak peduli dan aku teruskan selalu aku pohon pada mu Tuhan moga aku tabah menghadai dugaan
Balasan pantun Rita
Perlu mendengar bisikan hati Terbit dari dalam sanubari Ikutlah Rita pilihan sendiri Apapunnya hasil ditanggung sendiri.
|
|
student
|
Menjual pantun buat Rita;
Dimana dengar gesek biola Balik pokok asam kumbang Bagaimana hati tak gila Ku tunggu Rita tak datang-datang.
|
|
student
|
Buat Rita tersayang,
Daun pulai saya sayurkan Bunga melati dekat delima Seboleh-boleh saya nantikan Rita berjanji terlalu lama.
|
|
student
|
Menjual pantun buat Rita Tersauang,
daun gelang batang selasih Batang rambai di tepi telaga Jika alang kepalang kasih Biar sampai berumah-tangga.
|
|
|
|
student
|
Buat Puan Rahmat
Sekali pergi menuba Sekali ikan merembat Sekali adik disapa Setahun rindu terubat.
|
|
student
|
Buat rita tersayang,
Padang temu padang lengkuas Dibuat pula ampaian kain Dilihat tak jemu dipandang tak puas Di bb Rita tempat bermain.
|
|
student
|
Honey wrote: Hi sis and Abang Student..good morning and happy happy morning.. Terbang megah sepasang helang Berlegar legar di awangan Bila lagi kalian nak datang ke tempat Honey janganlah segan Pesta gawai belum berlalu Pesta Keamatan disambut selalu Berilah alamat berilah waktu pasti kami muncul di situ.
|
|
student
|
Honey wrote: Ni satu lagi.. Jemputlah datang jangan segan Ke rumah kecil atapnya biru Walaupun kita berlainan fahaman Sejadah sepasang ke Masjid Aru (maksudnya klu abang dan kak Rita datang, Honey boleh bawak gi masjid) Katholik kah Honey atau Protestant Namun kita bertuhankan Yang Satu Berlainan fahaman tetap berkawan Bersedia akad di Majid Aru.
|
|
student
|
Oct 18, 2007 dari Rita AKDK susah ke untuk mengerti satu pertanyaan yang pasti hingga kini masih ku nanti walau hari silih berganti .
Kenapa masih engkau menanti Tidak aku sudah di sini Merawat lukamu saban hari Masihkah kau tidak mengerti.
|
|
student
|
Oct 18, 2007 Rita AKDK lambatnya hari berganti terasa bagai waktu terhenti seribu tahun kan kunanti kasih ku untuk mu pasti.
Kita dijadikan saling mengisi Ternyata aku telah lama mencari Tak perlu seribu tahun kaunanti kasihmu kusanjung di dalam hati.
|
|
student
|
Oct 18, 2007 Rita AKDK setiap saat kau ku nanti mencari ubat penawar hati puas ku pujuk dan mengubati rasa bagai jiwa dah sebati .
Kini kau sudah menemui lelaki dambaan pilihan hati Dakulah ubat penawar sanubari jangan kau hindariku lagi.
|
|
student
|
Oct 18, 2007 Rita AKDK wahai hati sabar menanti ku pujuk hati lebih pekerti mohon redoMU agar diberkati apa yang terpendam dihati.
Benarkan aku menyelami Yang terpendamu di dalam hati Memang itu niatku nan suci Di dunia akhirat dua sejoli.
|
|
student
|
Oct 18, 2007 Rita AKDK restu ibu rita pohon menuju puncak sejuta impian pada ibu rita mohon berikan rita buat pilihan.
Duduk bersimpuh di depan ibu Cium tangannya meminta restu Dengan Bismillah Rita sebut namaku Pasti hati ibu tidak lagi beku.
Rit, tunjukkan pantun ini pada ibu.
|
|
student
|
Oct 18, 2007 Rita AKDK rita hormati keputusan ibu cuma rita ingin ibu mengerti hati rita retak seribu kalau kata ibu rita ikuti .
Ini keputusan Oktober lalu Rita kini tak semacam dulu Hatimu tak lagi retak seribu Benarkanlah abang merayu ibu.
|
|
student
|
Oct 22, Rita-rita AKDK
pada Ilahi rita mohon lembutkan hati sekeras batu sudah berkali rita pohon agar ibu memberi restu.
Bawalah abang berjumpa ibu Akan kunyatakan hasrat di kalbu Mungkin tuhan memberi restu Petunjuk hidayah kepada ibu.
|
|
student
|
Oct 22, 2007 Rita AKDA kau ku nanti wahai teman dipokok besar diatas dahan rindu pada mu dah tak tahan kerinduan ini dah tak le simpan.
Buluh perindu nyanyian syahdu Gemersik daun angin berlalu Bila rindu sebutlah namaku Sematkannyalah dalam kalbumu.
|