amway info

Kuala Lumpur, Malaysia

#46 May 24, 2010
Gambaran Keseluruhan Perniagaan

Ia merupakan satu dakwaan yang agak hebat, tetapi untuk 1,000,000 orang setahun, memang benar. Dengan sokongan dan bimbingan Amway Corporation, mereka mengambil langkah-langkah pertama ke arah perniagaan mereka sendiri, memberi kebebasan, masa dan wang kepada mereka yang akan membantu mereka menuju ke arah kehidupan yang lebih baik.

Orang ke orang

Rancangan Penjualan dan Pemasaran Amway telah diwujudkan empat puluh tahun yang lepas oleh dua usahawan muda, Rich DeVos dan Jay Van Andel. Mereka melihat peluang untuk perniagaan runcit tanpa stor dan dengan kos operasi yang minimum, perniagaan jualan orang ke orang dibina daripada produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

Perniagaan itu akan menawarkan ganjaran sebenar kepada setiap individu atas usaha mereka dan memberi keupayaan untuk berkongsi kejayaan mereka dengan orang lain.

Bagaimana anda bermula?

Pertama, anda ditaja oleh Pengedar Amway yang lain dan anda memperolehi Kit Perniagaan Amway. Seorang Pengedar Amway tidak menerima pembayaran untuk merekrut Pengedar. Beliau menerima pendapatan hanya daripada penjualan produk kepada pengguna. Ganjaran adalah berasaskan semata-mata atas margin daripada jualan produk dan ke atas bonus berasaskan jumlah jualan.

Kit Perniagaan mengandungi risalah-risalah asas untuk kegunaan anda dan untuk berkongsi dengan yang lain. Anda bermula dengan mengembangkan pelanggan dan Pengedar sambil anda melengkapi diri anda dengan perkara-perkara penting untuk membina perniagaan yang berjaya.

Membentuk Asas Pelanggan Anda

Pelanggan adalah orang yang membeli produk-produk AMWAY daripada anda tetapi mereka bukanlah Pengedar Amway. Satu daripada sumber terbaik untuk membina asas pelanggan ialah kumpulan orang yang anda telah kenali. Kenalan-kenalan ini mencuba produk AMWAY dan menjadi pelanggan anda apabila mereka mengguna dan memesan semula pelbagai barangan AMWAY. Walau bagaimanapun, kami mendapati bahawa di mana-mana orang perlukan produk berkualiti tinggi.

Membina Kumpulan Pengedar Anda

Pengedar adalah orang yang telah menilai peluang perniagaan Amway dan memilih untuk menyertai perniagaan tersebut. Perniagaan Amway yang paling berjaya menikmati keseimbangan penjualan produk AMWAY dan penajaan Pengedar. Pertumbuhan dalam perniagaan anda datang daripada perkongsian peluang perniagaan Amway dengan orang lain dan membantu mereka memutuskan sama ada ia betul atau tidak untuk mereka. Ini dipanggil penajaan. Pengedar Amway yang menaja orang lain umumnya mempunyai jumlah jualan purata yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak menaja.
amway info

Kuala Lumpur, Malaysia

#47 May 24, 2010
Membantu Kumpulan Anda Berkembang
'Kumpulan' anda adalah kumpulan Pengedar yang telah anda taja. Ramai yang telah anda taja secara peribadi, tetapi yang lain telah ditaja oleh mereka yang anda taja sendiri. Anda latih dan memberi motivasi kepada kumpulan anda dan, hasilnya, anda memperolehi pendapatan tambahan apabila mereka memperolehi pendapatan. Apabila anda terus mengembangkan perniagaan anda dan mereka terus mengembangkan perniagaan mereka, anda dan mereka boleh mendapat faedah.
Terus Membina Perniagaan Anda
Seperti mana-mana perniagaan yang lain, pengedaran Amway anda perlukan input yang kerap dan aktiviti untuk berkembang. Namun, apa pun matlamat anda, anda mengawal betapa cepatnya atau betapa perlahannya anda membina perniagaan anda. Lagipun, ia adalah perniagaan Amway anda yang bebas.
Melayakkan diri untuk Anugerah yang Lebih Tinggi
Lama kelamaan, sesebuah pengedaran boleh berkembang dengan pesat. Semakin ramai Pengedar dalam kumpulan anda yang berjaya dalam perniagaan Amway, semakin kukuh perniagaan anda nanti, dan semakin tinggi tahap pin yang anda boleh melayakkan diri. Kami memanggilnya "tahap pin" kerana anda memperolehi pin-pin insentif pada pelbagai tahap pencapaian perniagaan (cth., pada tahap Pengedar Terus Intan, anda akan memperolehi pin yang terdapat Intan padanya). Setiap tahap pin menampilkan satu set insentif dan ganjaran kerana mencapai kejayaan.
amway info

Kuala Lumpur, Malaysia

#48 May 24, 2010
Melayakkan diri untuk Anugerah yang Lebih Tinggi

Lama kelamaan, sesebuah pengedaran boleh berkembang dengan pesat. Semakin ramai Pengedar dalam kumpulan anda yang berjaya dalam perniagaan Amway, semakin kukuh perniagaan anda nanti, dan semakin tinggi tahap pin yang anda boleh melayakkan diri. Kami memanggilnya "tahap pin" kerana anda memperolehi pin-pin insentif pada pelbagai tahap pencapaian perniagaan (cth., pada tahap Pengedar Terus Intan, anda akan memperolehi pin yang terdapat Intan padanya). Setiap tahap pin menampilkan satu set insentif dan ganjaran kerana mencapai kejayaan.
top ||

Apa yang terdapat untuk anda

Pendapatan, insentif dan banyak lagi

Peluang Amway menawarkan banyak faedah kepada Pengedar. Sesetengahnya adalah kewangan, yang lain adalah tidak dapat diperikan, seperti pengiktirafan rakan seperniagaan, kebanggaan dalam pencapaian, keseronokan membantu orang lain, bekerja dengan keluarga, dan rasa hormat memiliki perniagaan milik anda sendiri.

Pendapatan yang mungkin diperolehi

Sebagai Pengedar Amway, anda boleh memperolehi pendapatan dengan banyak cara yang berbeza. Anda boleh memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya dengan 10 cara yang berbeza. Ia termasuklah keuntungan jualan (perbezaan antara Kos Pengedar dan Harga Runcit) dan sembilan bonus yang berbeza diberi kepada pelbagai tahap pencapaian.

Program Kepimpinan Khas

Apabila anda layak pada pelbagai tahap pencapaian, anda mungkin layak menghadiri pelbagai program kepimpinan Amway:

Seminar Kepimpinan Amway Tahunan: Jemputan ke negara-negara di seluruh dunia, yang ditanggung sepenuhnya oleh Amway diberi kepada para pemimpin Amway untuk saling bertemu dalam suasana yang membina perniagaan.

Pelbagai Program Khas: Apabila perniagaan anda layak pada tahap Pengedar yang khusus, satu jemputan khas akan dibuat. Bayangkan hari istimewa anda di kemudahan Amway, kisah kejayaan anda sendiri dipaparkan dalam majalah Pengedar anda, AMAGRAM dan nama serta gambar anda diletak dalam Dewan Pengedar di Ibu pejabat Amway Sedunia.
amway info

Kuala Lumpur, Malaysia

#49 May 24, 2010
Kos permulaan yang rendah

Dengan Kit Perniagaan Amway yang merupakan satu-satunya kos permulaan, hampir setiap orang boleh memiliki perniagaan Amway. Berbanding dengan peluang perniagaan lain, kos permulaan untuk memulakan perniagaan Amway memanglah berharga rendah dan mampu dibayar oleh hampir setiap orang yang mempunyai keinginan untuk melabur demi masa hadapan mereka.

Risiko rendah

Polisi belian balik produk kami dan inventori yang tidak diperlukan memastikan risiko yang sangat rendah apabila memulakan perniagaan Amway. Jaminan Kepuasan Amway kami sering menjadi ukuran keyakinan terhadap kualiti dan nilai produk AMWAY, satu lagi cara Amway menyokong peluang perniagaan untuk Pengedar.

Berasaskan Prestasi

Amway adalah perniagaan yang berasaskan prestasi yang memberi ganjaran kepada orang secara terus dengan usaha mereka. Semakin besar matlamat kewangan, semakin banyak masa dan usaha Pengedar yang perlu dilaburkan ke dalam perniagaannya. Dengan perniagaan Amway, seorang Pengedar boleh bekerja sebanyak mana yang mereka suka. Ganjarannya adalah berasaskan terus dengan pencapaian Pengedar.

Jualan Langsung adalah trend

Seramai tiga puluh juta orang di seluruh dunia terbabit dalam jualan langsung, sebuah industri yang bernilai $82 bilion. Apabila orang menjadi lebih sibuk, mereka mencari cara untuk menjimatkan masa melakukan tugas rutin, seperti membeli-belah untuk keperluan setiap hari. Jualan langsung memenuhi keperluan ini dengan baik, kerana pengedar Amway menghantar produk ke pintu mereka. Selain itu, Amway adalah satu daripada syarikat jualan langsung yang terbesar di dunia dan mempunyai sejarah kejayaan selama 40 tahun.

Kefleksibelan

Matlamat dan ganjaran adalah berbeza untuk setiap Pengedar. Anda mempunyai kefleksibelan bekerja secara sambilan di samping mengekalkan kerja sepenuh masa atau membina perniagaan Amway menjadi kerjaya sepenuh masa. Anda pilih masa yang anda labur untuk membina perniagaan Amway anda.

Sokongan Produk

Peluang perniagaan Amway disokong oleh ratusan produk AMWAY yang berkualiti daripada pelbagai rangkaian dan, di banyak pasaran, terdapat ribuan perkhidmatan dan produk berjenama lain. Amway telah mewujudkan reputasi untuk inovasi dalam menghasilkan produk dan pembungkusan berkualiti tinggi.

Sokongan korporat

Lebih daripada 12,000 orang kakitangan di seluruh dunia bekerja di kemudahan pengilangan, pentadbiran, dan pengedaran Amway berjumlah 10 juta kaki persegi (929,000 meter persegi). Amway mengilang produk di Amerika Syarikat, China dan Korea serta mengekalkan kemudahan gudang produk di seluruh dunia.

Peluang yang sama rata

Sesiapa yang memulakan perniagaan Amway masuk pada tahap yang sama. Setiap Pengedar baru mempunyai peluang yang sama untuk mengatasi Pengedar yang paling berjaya, dan peluang perniagaan terus diperbaiki. Peluang Amway telah sering ditiru, tetapi tahap sokongan yang Amway beri kepada Pengedar memang sukar ditiru.

Pengalaman Peribadi

Apabila pergi ke teater, anda menonton filem dengan tanggapan anda sendiri. Perkara yang sama juga bagi perniagaan Amway. Setiap orang membawa keperluan khas dan impiannya sendiri. Apabila anda menghadiri mesyurat Pengedar yang dikendalikan oleh organisasi Pengedar anda, anda akan menemui Pengedar sebenar yang memberitahu apa yang telah mereka alami daripada Peluang Amway. Setiap bulan AMAGRAM, majalah bulanan kami menampilkan pengalaman pengedar daripada pelbagai latar belakang melayakkan diri untuk anugerah yang lebih tinggi.
amway info

Kuala Lumpur, Malaysia

#50 May 24, 2010
ANALYSIS OF SHAREHOLDINGS
As at 12 March 2010

THIRTY LARGEST SHAREHOLDERS

No. Of
Shares Held

% Of
Issued Capital
1. GDA B.V.
84,990,283

51.70
2. AmanahRaya Trustees Berhad
- Skim Amanah Saham Bumiputera
22,924,700

13.95
3. Employees Provident Fund Board
8,180,133

4.98
4. AmanahRaya Trustees Berhad
- Amanah Saham Malaysia
7,794,000

4.74
5. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
7,772,800

4.73
6. Valuecap Sdn Bhd
6,854,900

4.17
7. Lembaga Tabung Haji
6,246,331

3.80
8. AmanahRaya Trustees Berhad
- Amanah Saham Didik
3,129,800

1.90
9. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
811,900

0.49
10. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
500,000

0.30
11. Citigroup Nominees (Asing) Sdn Bhd
- CBNY For DFA Emerging Markets Small Cap Series
396,700

0.24
12. Amanah Saham Mara Berhad
389,500

0.24
13. HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
- HSBC (M) Trustee Bhd For MAAKL Al-Fauzan (5170)
380,000

0.23
14. AmanahRaya Trustees Berhad
- Dana Al-Aiman
260,000

0.16
15. PM Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
- PCB Asset Management Sdn Bhd For MUI Continental Insurance Berhad
250,000

0.15
16. Permodalan Nasional Berhad
227,466

0.14
17. Tabung Amanah Warisan Negeri Johor
194,500

0.12
18. HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
- HSBC (M) Trustee Bhd For MAAKL Dividend Fund (5311-401)
180,000

0.11
19. Malaysian Reinsurance Berhad
170,900

0.10
20. Takaful Ikhlas Sdn Bhd
140,000

0.09
21. Ajeet Kaur A/P Inder Singh
120,000

0.07
22. Mehar Singh @ Mehar Singh Gill
116,000

0.07
23. Teo Chiang Hong
116,000

0.07
24. Wong Lok Jee @ Ong Lok Jee
101,000

0.06
25. AllianceGroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
- Alliance Investment Management Berhad for the Institute of Strategic
and International Studies Malaysia
100,000

0.06
26. Lam Meng Choy
100,000

0.06
27. Malaysian Reinsurance Berhad
100,000

0.06
28. Malaysian Reinsurance Berhad
100,000

0.06
29. New Tong Fong Plywood Sdn Bhd
100,000

0.06
30. AmanahRaya Trustees Berhad
- Dana Bestari
98,700

0.06
filler
filler

152,845,613

92.98
filler
amway info

Kuala Lumpur, Malaysia

#51 May 24, 2010
Amway Hari Ini

Sebagai satu daripada syarikat jualan langsung yang terbesar di dunia, hari ini Amway adalah sebuah syarikat yang berkembang maju. Perniagaan Amway telah berkembang untuk memberikan peluang kepada lebih daripada tiga juta orang di seluruh dunia, memasarkan 450 produk Amway.

Ia kini beroperasi di lebih 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan perolehan tahunan melebihi AS $8.2 bilion*. Di seluruh dunia, di mana anda menemui Amway, anda juga akan bertemu dengan mereka yang berkongsi semangat keusahawanan dan yang mahu mencapai kecemerlangan.

Amway adalah pemimpin global dalam sektor perniagaan jualan langsung, dan rakan kongsi yang paling berpengalaman dan memberi sokongan yang diingini oleh mana-mana usahawan yang bercita-cita tinggi.

* Jualan Alticor Inc bagi tahun berakhir 31 Dis 2008
top ||

Merintis kecemerlangan dalam jualan langsung

Pada 1959, dua sahabat baik dan usahawan Rich DeVos dan Jay Van Andel memulakan sebuah perniagaan dari tingkat bawah rumah mereka di Ada, Michigan. Syarikat itu, Amway Corporation, bermula sebagai peluang perniagaan yang berkos rendah.

Dengan produk-produk yang berkualiti tinggi dan model perniagaan jualan langsung yang inovatif, Amway berkembang menjadi syarikat global yang berkuasa, yang kini dikenali sebagai Alticor Inc.

Alticor mempunyai asal-usul di Amway Corporation. Ditubuhkan dan dimiliki oleh keluarga Van Andel dan DeVos, Alticor mempunyai visi yang hebat yang menggambarkan tujuan utama organisasi kami, membantu orang menjalani kehidupan yang lebih baik. Alticor Inc. adalah syarikat induk Amway Corporation, Amway Global/Quixtar dan Access Business Group.

Pendekatan jualan langsung Amway menawarkan tiga kelebihan penting:

1. Saluran segera ke pasaran. Pengedar Amway memasarkan produk dan perkhidmatan terus kepada keluarga, rakan-rakan dan jiran
2. Menawarkan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan. Pengedar memberikan perkhidmatan peribadi, demonstrasi produk dan kemudahan penghantaran ke rumah
3. Peluang untuk sesiapa sahaja memiliki perniagaan

Antara ciri-ciri pelan Penjualan dan Pemasaran Amway ialah kos kemasukannya yang rendah dan produk berkualiti tinggi yang disokong oleh Jaminan Kepuasan Amway.

Dan, disebabkan tiada wilayah jualan, perniagaan Amway yang bermula di peringkat tempatan boleh berkembang sebesar yang diingini, malah ke seluruh dunia.
top ||
amway info

Kuala Lumpur, Malaysia

#52 May 24, 2010
Amway Malaysia

Bermula dengan hanya lima kakitangan, dalam sebuah pejabat kecil dan kemudahan gudang di Jalan Ipoh pada 1976, Amway Malaysia merupakan satu daripada pelopor industri jualan langsung pada masa itu.

Hari ini, Amway Malaysia adalah syarikat jualan langsung yang utama di Malaysia dengan tenaga pengedar teras seramai 195,000 orang daripada seluruh pelusuk negara dan perolehan jualan RM645.5 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008, menjadikan Amway sebagai jenama terkenal di Malaysia.

Muat turun Helaian Fakta Amway Malaysia (format PDF)

Sila klik DI SINI untuk senarai dan maklumat lanjut Pusat Pengedaran Daerah dan Amway Shoppe kami.
top ||

Kepimpinan dan Kredibiliti Korporat

Sebagai testimoni kepimpinan dan kredibiliti Amway Malaysia dalam industri ini, pihak syarikat telah menerima pelbagai penghargaan dan penganugerahan:

Penyenaraian KLSE
Pada 1996, Amway Malaysia menjadi syarikat jualan langsung yang pertama disenaraikan pada Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur.

Lesen Jualan langsung
Amway Malaysia adalah syarikat jualan langsung yang pertama menerima Lesen Jualan Langsung 3 tahun daripada Kementerian Dagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal Pengguna (MDTCA) pada 1999.

Majalah Asiamoney
Amway Malaysia telah dikenali sebagai satu daripada 10 Syarikat Diurus Paling Baik Secara Keseluruhan pada 2000 oleh majalah Asiamoney.
Pada 2001, Amway Malaysia telah dianugerahkan sekali lagi kerana kepimpinan korporatnya oleh majalah Asiamoney, menjadikannya tersenarai dalam 10 yang terbaik bagi tiga kategori:

1. Syarikat Diurus Paling Baik Secara Keseluruhan pada 2001 - tempat ke-7
2. Urus Tadbir Korporat - tempat ke-5
3. Layanan terhadap Pemegang Saham Minoriti - tempat ke-3

Anugerah Korporat Bursa Saham Kuala Lumpur
Amway Malaysia telah diiktiraf sebagai peserta akhir untuk Anugerah Korporat Bursa Saham Kuala Lumpur pada 2000, 2001, 2002, dan 2003.

Anugerah KPMG/The Edge Shareholder Value
Amway Malaysia telah diiktiraf sebagai satu daripada 10 Syarikat Terbaik untuk Anugerah KPMG/The Edge Shareholder Value pada 2002, 2003 dan 2004.

Majalah Finance Asia
Amway Malaysia telah diiktiraf sebagai satu daripada 10 Syarikat yang Terbaik dalam kategori-kategori ini:

2004 Syarikat Terbaik Asia

1. Kategori Syarikat Diurus Paling Baik
2. Kategori Urus Tadbir Korporat

2006 Undian Syarikat Diurus Paling Baik

1. Kategori Komitmen Terbaik untuk Dividen Kukuh

Euromoney
Amway Malaysia diletakkan di tempat ke-27 daripada 132 syarikat di Latin Amerika, Asia dan Eropah Timur bagi Urus Tadbir Korporat pada 2003.

Anugerah BrandLaureate
Amway Malaysia telah dianugerahi The BrandLaureate 2006-2007 bagi Kecemerlangan Penjenamaan dalam Kategori Jualan Langsung.

Bagi tahun kedua berturut-turut, Amway Malaysia telah dianugerahi The BrandLaureate 2007-2008 dalam kategori Penjenamaan Korporat - Jenama-jenama Terbaik dalam kategori Pelanggan - Pemasaran Berbilang Tingkat.

Amway Malaysia telah dinamakan sebagai pemenang dalam kategori Penjenamaan Korporat-Jenama Terbaik di kalangan Pengguna - Pemasaran Multi Peringkat untuk Anugerah BrandLaureate yang berprestij 2008-2009, menjadikannya kejayaan yang ketiga untuk Amway.

Amway menerima pengiktirafan tersebut selepas memenuhi prosedur pemilihan yang ketat berdasarkan kriteria penghakiman 300 mata yang merangkumi Strategi Jenama, Budaya Jenama, Komunikasi Jenama, Ekuiti dan Prestasi Jenama.

Anugerah Tanggungjawab Korporat StarBiz-ICR Malaysia 2008
Amway (M) Holdings Bhd telah dimasukkan ke dalam senarai pendek sebagai peserta akhir bagi Anugerah Perdana Tanggungjawab Korporat StarBiz-ICR Malaysia 2008, inisiatif bersama oleh StarBiz dan Institut Tanggungjawab Korporat Malaysia (ICR Malaysia).

Amway telah terpilih sebagai satu daripada 5 syarikat teratas yang tersenarai di papan bursa Malaysia bagi Anugerah Pasaran (Marketplace Award) dalam kategori pemodalan pasaran melebihi RM 1 bilion.
Diamond

Melaka, Malaysia

#53 Jun 25, 2010
Product memang good value for money, jaminan pulangan wang. p.s pakai glister 6bulan baru habis, family of 5
Diamond

Johor Bahru, Malaysia

#54 Jun 25, 2010
x habis2 wrote:
Kalau Amway yg MLM tu... pada aku dia mmg ok.. pure MLM, bukan macam HaiO yg penuh muslihat... amway ni tak dak beli pangkat... boleh cuba.. kalau tak jadi.. rugi pun setakat duit keahlian.. RM50 kot... tak macam yg satu lagi tu.. kalau tak jadi 21k hutang kat bank... barang dia pun ok... cuma... dia dah lama... macam dah tepu.. boleh kata 90% org malaysia dh tau... jadi kalau nak kembangkan biz ini agak sukar... tp kat Indonesia sdg meletup... just pandangan sahaja.

Nak bagi info sikit bro, menjadi ahli amway kini RM85 sahaja jika tak nak jadi ahli lagi boleh serah balik kit dan dapatkan pulangan wang ahli balik bro. Jadi zero risk, masuk jadi ahli kalau biz tak jadi pulang balik kit dapat wang anda balik. dan market di malaysia tak tepu selagi manusia mengunakan ubat gigi,sabun mandi,sabun basuh baju, deodorant,shampoo selagi tu market ada... sebagai mana kini banyak hypermarket2 baru dibuka dimerata-rata tempat kerana mereka tahu market tak akan tepu.
Diamond

Johor Bahru, Malaysia

#55 Jun 25, 2010
amway takda stokis, takde orang tengah. pembelian terus di gudang.hak pengedar dijaga.kini terdapat lebih daripada 700 product yang dipatenkan.
mmmm

Johor Bahru, Malaysia

#56 Jun 25, 2010
amway=yahudi

hahiha
Diamond

Johor Bahru, Malaysia

#57 Jun 25, 2010
mmmm wrote:
amway=yahudi
hahiha
Mengapakah Tabung Haji Berani melabur dengan syarikat ini???
Mengapakah syarikat ini berada di counter pertama BSKL diluluskan oleh Syariah???

check dan tanya sendiri....
Diamond

Johor Bahru, Malaysia

#58 Jun 25, 2010
Kalau di buat background check ada hypermarket di malaysia yg kita selalu2 pergi yg betul2 yahudi punya...

Since: Jul 10

Malaysia

#59 Jul 14, 2010
Happy pun da join Amway....suka...suka... tak yah simpan stok...kita guna dan syer experience guna tu ngan org lain.....klu dia suka dia beli laa.... lain bebenor ngan Hai O...tak abis2 suh kuar modal...klu sikit tak pe la...ni byak...untung lum tentu... biar la lambat skit...asalkan HAPPPYYYYY....
paartz

Malaysia

#60 Jul 14, 2010
dlm Amway anda di janjikan...
1- masuk ahli..bila berenti dpt blk duit keahlian..

2-jaminan kepuasan..guna brg..tak puas hati dpt balik duit (100% money back guarentee)

3-Syarikit menjaga pengedarnya...ahlinya di lindungi insurans suami & isteri (10k +10k)

4-Syarikat menjamin masa depan pengedar (royalti & warisan perniagaan/pendapatan)

5-melancong percuma 5* suami + isteri (vvip treatment)

Since: Jan 10

Location hidden

#61 Jul 14, 2010
happy_life wrote:
Happy pun da join Amway....suka...suka... tak yah simpan stok...kita guna dan syer experience guna tu ngan org lain.....klu dia suka dia beli laa.... lain bebenor ngan Hai O...tak abis2 suh kuar modal...klu sikit tak pe la...ni byak...untung lum tentu... biar la lambat skit...asalkan HAPPPYYYYY....
yup itulah sebenarnye MLM..kita sendiri yg menggunakan produk syarikat kemudian berkongsi dengan orang lain tentang kebaikan dan fungsi produk tersebut..

sedar atau tidak,mahu atau tak..sume orang dah buat kerja MLM setiap hari..setiap masa...tetapi tidak di bayar...
antipu

Petaling Jaya, Malaysia

#62 Jul 14, 2010
happy_life wrote:
Happy pun da join Amway....suka...suka... tak yah simpan stok...kita guna dan syer experience guna tu ngan org lain.....klu dia suka dia beli laa.... lain bebenor ngan Hai O...tak abis2 suh kuar modal...klu sikit tak pe la...ni byak...untung lum tentu... biar la lambat skit...asalkan HAPPPYYYYY....
amway ke hai o ke sama saja.mlm juga.yang penting anda kena memahami tatacara dan selokbelok mlm yang sebenar.lambat atau cepat kita sendiri yang mencorakkannya.apa pun untuk berjaya perlulah sedikit pengorbanan.
kalau anda diberi pilihan berkerja kuat untuk jangkamasa 5 tahun dan selepas tu nikmati kehidupan selesa seterusnya selamanya.ataupun kerja berterusan sehingga umur 55 tahun lepas tu rehat dan menghabiskan sisa2 kehidupan.yang mana satu anda pilih.
apapun dalam mlm anda mampu capaikan hasrat tersebut dengan syarat.
usaha gigih yang berterusan dan sedikit pengorbanan.jual produk, bina rangkaian serta beri khidmat pelanggan dan tingkatkan ilmu pengetahuan.makanya kenalah pergi seminar serta mesyuarat mingguan.pergi kerja pun anak kena suruh orang lain jaga juga.yang penting jangan beri alasan demi alasan.lakukan ini semua dan anda pasti menghampiri kearah kejayaan.yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Since: Jan 10

Kuala Lumpur, Malaysia

#63 Jul 14, 2010
antipu wrote:
<quoted text>
amway ke hai o ke sama saja.mlm juga.yang penting anda kena memahami tatacara dan selokbelok mlm yang sebenar.lambat atau cepat kita sendiri yang mencorakkannya.apa pun untuk berjaya perlulah sedikit pengorbanan.
kalau anda diberi pilihan berkerja kuat untuk jangkamasa 5 tahun dan selepas tu nikmati kehidupan selesa seterusnya selamanya.ataupun kerja berterusan sehingga umur 55 tahun lepas tu rehat dan menghabiskan sisa2 kehidupan.yang mana satu anda pilih.
apapun dalam mlm anda mampu capaikan hasrat tersebut dengan syarat.
usaha gigih yang berterusan dan sedikit pengorbanan.jual produk, bina rangkaian serta beri khidmat pelanggan dan tingkatkan ilmu pengetahuan.makanya kenalah pergi seminar serta mesyuarat mingguan.pergi kerja pun anak kena suruh orang lain jaga juga.yang penting jangan beri alasan demi alasan.lakukan ini semua dan anda pasti menghampiri kearah kejayaan.yakin dengan kebolehan diri sendiri.
betul tu... sbb kalo cipta alasan,samapai bila pun x kemana. cuma kalo dah pilih utk kerja kuat dlm mlm, jgn lah lupa keluarga. itu aje, kalo rasa x blh commit, then mlm bukan lah utk anda. sapa yg pandai atur masa, dan x abai keluarga, insya ALLAH akan berjaya dan hidup akan jadi lebih baik.
Diamond

Bukit Mertajam, Malaysia

#64 Jul 16, 2010
Facts about AMWAY Malaysia
. Ditubuhkan pada tahun 1976.
. Peneraju industri jualan langsung di M'sia.
. Ahli pengasas DSAM (Direct Selling Association of M'sia)
. Syarikat jualan langsung yang PERTAMA disenaraikan di BSKL pada thn. 1996.
. Disenaraikan pada papan utama BSKL dan diluluskan oleh Syariah.
. Pemegang saham tempatan yang terbesar bagi Amway Holdings M'sia Berhad pada Mac 2010.
a. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
b. Amanah Raya.
c. Amanah Saham M'sia.
d. KWP (Kumpulan Wang Pesaraan)
e. Valuecap Sdn. Bhd.
f. Lembaga Tabung Haji.
. Memenangi anugerah Brand Laureate 4 tahun berturut-turut bagi ketegori "Best Brand in Consumer-MLM (multi-level marketing)
Satu syarikat yang kukuh yang menjaminkan pendapatan.
“Amway bukan senang nak buat tapi tak susah buat”
“Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan wang”
“Family,Rewards,Freedom”
Amway Australia(google dan tengok sendiri) kini berkonsepkan Hypermarket pembelian keperluan harian ada PV & BV (bagi pengiraan bayaran Bonus bulanan tunai) barangan daripada Milo,Nestum,sardin,makanan kucing,bag sampah,beras dan banyak lagi sehinggakan pengisian minyak petrol kereta sendiri pun ada PV & BV. Bayangkan konsep ini akan dijalankan di Malaysia 5 ke 10 tahun lagi....bayangkan!!! kini Amway Malaysia akan membuka banyak lagi Amway Shop di seluruh Negara pada masa terdekat. Bayangkan jika kita mulakan perniagaan ini hari ini...
paartz

Kuala Lumpur, Malaysia

#65 Jul 17, 2010
Diamond wrote:
Facts about AMWAY Malaysia
. Ditubuhkan pada tahun 1976.
. Peneraju industri jualan langsung di M'sia.
. Ahli pengasas DSAM (Direct Selling Association of M'sia)
. Syarikat jualan langsung yang PERTAMA disenaraikan di BSKL pada thn. 1996.
. Disenaraikan pada papan utama BSKL dan diluluskan oleh Syariah.
. Pemegang saham tempatan yang terbesar bagi Amway Holdings M'sia Berhad pada Mac 2010.
a. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
b. Amanah Raya.
c. Amanah Saham M'sia.
d. KWP (Kumpulan Wang Pesaraan)
e. Valuecap Sdn. Bhd.
f. Lembaga Tabung Haji.
. Memenangi anugerah Brand Laureate 4 tahun berturut-turut bagi ketegori "Best Brand in Consumer-MLM (multi-level marketing)
Satu syarikat yang kukuh yang menjaminkan pendapatan.
“Amway bukan senang nak buat tapi tak susah buat”
“Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan wang”
“Family,Rewards,Freedom”
Amway Australia(google dan tengok sendiri) kini berkonsepkan Hypermarket pembelian keperluan harian ada PV & BV (bagi pengiraan bayaran Bonus bulanan tunai) barangan daripada Milo,Nestum,sardin,makanan kucing,bag sampah,beras dan banyak lagi sehinggakan pengisian minyak petrol kereta sendiri pun ada PV & BV. Bayangkan konsep ini akan dijalankan di Malaysia 5 ke 10 tahun lagi....bayangkan!!! kini Amway Malaysia akan membuka banyak lagi Amway Shop di seluruh Negara pada masa terdekat. Bayangkan jika kita mulakan perniagaan ini hari ini...
tul tu bukan takat Amway Australia ja..Amway Thailand pun konsepkan hypermarket ...aku tgk hypermarket Amway kt Hadyai mak ai..beso cam tesco kat Malaysia..tak mustahilkan kalau Amway Malaysia buat cam tu??...dgr kata la ni Amway Malaysia tgh Deal ngn syarikat lain untuk masukkan brg lain lam Amway spt Milo dan sebagainya..lom pasti kesahihannya tp tunggu dan lihatlah..sbb ini tidak mustahil..jgn tgk peluang camtu bergolek depan ja..rebutlah peluang untuk menjadi 'pemilik perniagaan persendirian yg berdikari'(IBO)

Tell me when this thread is updated:

Subscribe Now Add to my Tracker

Add your comments below

Characters left: 4000

Please note by submitting this form you acknowledge that you have read the Terms of Service and the comment you are posting is in compliance with such terms. Be polite. Inappropriate posts may be removed by the moderator. Send us your feedback.

Brunei Discussions

Title Updated Last By Comments
Sape penah jolok lubang dubur isteri anda (Apr '10) 35 min Adry_khan 149
Pakaian mandi kolam renang lelaki? (Oct '09) 43 min Biru Muda 764
Siapa sudah kenal dengan tuhan..??? (Feb '10) 1 hr Dia 76,443
Playstation 4 3 hr Playstation 1
cari bohsia kedah,janda d teman seks (Sep '10) 7 hr ani 364
Brunei yakin jadi negara maju 12 hr zaki bin abbas 2
Brunei wawasan 2035 success Wed Pemuda dari masa ... 5
More from around the web