Mengapa Isteri Perlu Melayan Suami

Posted in the Brunei Forum

Comments
1 - 20 of 30 Comments Last updated Oct 27, 2008
First Prev
of 2
Next Last
Che Mi

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1
Oct 19, 2008
 
Melayan suami merupakan persoalan penting kepada isteri selapas mentaati Allah dan Rasul. Ia adalah saluran menuju taqwa kerana disitulah peluang untuknya bermujahadah ; melawan segala perasaan letih, jemu, geram, marah, kecewa dan sedih ketika berlaku pertembungan di antara kehendak suami dan kehendak isteri.

Seorang isteri yang saleh akan merasa bahagia apabila dapat mentaati, melayan suami dan menimbulkan kegembirannya hingga suami terhibur. Kerana baginya menghiburkan hati suami bererti membangunkan syurga diakhirat. Oleh itu dia merasa amat beruntung kerana peluang itu Allah kurniakan buatnya. Lantas suami tidak hanya diberi layanan yang istimewa sewaktu baru melangkah ke gerbang perkahwinan atau disaat cinta masih segar dan hangat atau ketika suami masih berupaya dari segi rupa, harta, pengaruh atau tenaga sahaja.

Jangan sekali-kali memandang jijik hingga sanggup mengatakan wanita yang mentaati suami sebagai hamba suami dan tunggangan nafsu suami. Sebaliknya, tugas itu dianggap sebagai hadiah dari Allah untuk dirinya yang tidak kesemua wanita berpeluang mendapatnya.

Tugas melayan suami tidak mungkin dapat dilakukan dengan baik tanpa dorongan iman dan taqwa. Hanya wanita beriman saja yang dapat mencintai suaminya dengan cinta fitrah ( bukan cinta nafsu). Iaitu cinta fitrah yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan yang membuatkan seseorang rela memberi kebahagian kepada orang yang dikasihi. Sekiranya isteri gagal untuk memberikan cinta fitrah kepada suaminya nescaya dia gagal untuk mentaati dan melayan suaminya seperti yang dituntut oleh agama.Terutama disaat-saat sedang keletihan atau sibuk dengan urusan-urusan didalam dan luar rumah, sewaktu sakit hati dengan suami, sewaktu tidak diperdulikan oleh suami dan seumpamanya.
Che Mi

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#2
Oct 19, 2008
 
Allah memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayan suaminya dengan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat Tirmidzi )

Mentaati dan melayani suami merupakan salah satu ibadah yang mana para isteri mendapat ganjaran di dunia, sementara di akhirat pula mendapat pahala. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: Jika seorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.
Che Mi

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#3
Oct 19, 2008
 
Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, khususnya suami terhadap isteri. Firman Allah didalam al-Qur`an yang bermaksud : Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.(Al-Nisa :34 )

Firman Allah lagi maksudnya : Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban mereka menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya.( Al-Baqarah : 228)
Che Mi

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#4
Oct 19, 2008
 
Setiap wanita ingin dikasihi, mendapat pembelaan dan perlindungan daripaada seorang suami. Tapi bukan kesemuanya bernasib baik. Masih banyak lagi yang bergelar tidak berpeluang bersuami walaupun dikalangan mereka itu ada yang berjawatan tinggi, cantik dan berharta.

Maka bagi wanita yang bertuah dan bernasib baik kerana telah bersuami ini, apakah ada cara lain untuk melahirkan rasa syukur dan tanda terima kasih selain daripada mentaati dan melayani suami dengan sebaik-baiknya? Kenanglah jasa dan kebaikan suami, pasti akan lahir rasa tanggungjawab untuk mentaati dan melayaninya dengan sebaiknya.

Kewajiban isteri melayan dan memuliakan suaminya terlalu besar dan membawa erti yang besar kepada wanita. Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata : " Wahai kaum wanita ! seandainya kamu mengerti kewajiban terhadap suamimu, tentu seorang isteri daripada kamu bertindak akan menyapu debu dari telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."
Che Mi

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#5
Oct 19, 2008
 
Isteri yang mentaati suami dan melayani dengan baik akan mendapat rahmat dan redha Allah. Seluruh makhluk juga turut beristighfar dan dan mendoakannya. Sebaliknya, jika tidak dapat berbuat begitu Allah pula akan melaknatinya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yamg bermaksud: " Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Jelas dari hadis ini mentaati dan melayani suami menjadi faktor untuk seorang isteri itu mendapatkan keredhaan Allah. Sebab redha suami bererti mendapat keredhaan allah, kemarahan suami bererti kemurkaan Allah.
Che Mi

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#6
Oct 19, 2008
 
Suami menjadi saluran bagi isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebajikan dengan sebanyak-banyaknya hanya dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami, Allah telah janjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat.

Banyak hadis-hadis yang membawa perkhabaran tentang kelebihan dan keistemewaan yang boleh diperolehi oleh isteri yang berkhidmat kepada suaminya. Antaranya sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: " Wahai Fatimah, mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, maka Allah akan memberinya air susu dari sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan didapatinya kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah dia melintasi titian Sirat."
Che Mi

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#7
Oct 19, 2008
 
Begitu juga isteri boleh dapat pahala berjihad di jalan Allah hanya dengan melayan suaminya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam Jumaat, pahalanya sama seperti orang yang berjuang dimedan perang."

Demikianlah balasan dan ganjaran bagi para isteri yang mentaati dan melayani suami mereka dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya bukanlah sukar sangat untuk mendapat dan merebut ganjaran tersebut, apa yang penting bagi kaum isteri tanamkanlah sifat menghormati suami dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin.

Since: Oct 08

Nilai, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#9
Oct 23, 2008
 
salam che mi.....

sori tanya...

luahan hati ke?

ingat mengingati dgn cara yg berhikmah lebih mulia dari mengata diblkg dgn mengumpat..

semoga wanita2 di sini menjadi wanita solehah.yg mentaati suami dalam mendapat redhaNYA.

Since: Oct 08

Johor Bahru, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#10
Oct 24, 2008
 
Che Mi wrote:
Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, khususnya suami terhadap isteri. Firman Allah didalam al-Qur`an yang bermaksud : Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.(Al-Nisa :34 )
Firman Allah lagi maksudnya : Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban mereka menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya.( Al-Baqarah : 228)
semoga kami di anugerahkan suami yg mampu memimpin bagi mendapatkan redhaMU yaALlah
Statik

Puchong, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#12
Oct 25, 2008
 
mimiazura wrote:
<quoted text>
semoga kami di anugerahkan suami yg mampu memimpin bagi mendapatkan redhaMU yaALlah
hehehehehehe.......
nek xde laki lg ker.....
statik msuk ea.....
nak x.....
blan depan rombongn datang ea......
5 buah bas transnasional,
7 buah bas repit KL,
3 buah pesawat air bus,
4 buah kapal selam,
dan 2 buah jet kilat.....
ok x hantaran 2......
huhuhuhuhuhu

Since: Oct 08

Johor Bahru, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#13
Oct 25, 2008
 
amboih statik....

tak muat umah nek...

nak minang cicit nenek ..... boley2

ada 100 org, nanti nek hntr gambo eh....?

tungguuuuu

hihihih

:)
Statik

Bukit Mertajam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#14
Oct 25, 2008
 
mimiazura wrote:
amboih statik....
tak muat umah nek...
nak minang cicit nenek ..... boley2
ada 100 org, nanti nek hntr gambo eh....?
tungguuuuu
hihihih
:)
hehehehehehe ape la nenek nie........
ingat statik nak bwk yg btol ker......
ksi yg mainan pye udah ler.......
stok mainan cam 2 mse statik kcik dlu ade lg dlm stor........
huhuhuhuhuhu.........
jgn marah ea nek mimi......
gurau2 jer....huhuh
Bruneian

Pontianak, Indonesia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#15
Oct 25, 2008
 
isteri perlu layan suami jika punya ikatan perkahwinan. jgn nak berzina. kerana dosa. kalau dan kahwin kan isteri sudah halal utk suami gauli.

Since: Oct 08

Johor Bahru, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#16
Oct 25, 2008
 
Bruneian wrote:
isteri perlu layan suami jika punya ikatan perkahwinan. jgn nak berzina. kerana dosa. kalau dan kahwin kan isteri sudah halal utk suami gauli.
jika di katakan istilahnya istri, insyaALlah sudah tentu udah menikah, kecuali kenyataannya "istri" maksudnya, hanya diperlaku sbg isteri sahaja mas...

iya kan?
Statik

Bukit Mertajam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#17
Oct 25, 2008
 
Bruneian wrote:
isteri perlu layan suami jika punya ikatan perkahwinan. jgn nak berzina. kerana dosa. kalau dan kahwin kan isteri sudah halal utk suami gauli.
tah pe2 tah ko nie......
klo dah nme pon isteri, jdnye halal la.....
nak gomoi cam ne pon ttp halal.......
xpham maksud suami isteri ke pe ko nie....
nek mimi,
tlg jelas kan sket......
hehehehehehehe.......

Since: Oct 08

Johor Bahru, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#18
Oct 25, 2008
 
Statik wrote:
<quoted text>
tah pe2 tah ko nie......
klo dah nme pon isteri, jdnye halal la.....
nak gomoi cam ne pon ttp halal.......
xpham maksud suami isteri ke pe ko nie....
nek mimi,
tlg jelas kan sket......
hehehehehehehe.......
ya udah....

nek udah jelasin....

masih keliru, engga apa2, datg jumpa nenek, beguru ya....jgn lupa bawak ayam golek n penchok ya...
edie

Kuala Lumpur, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#19
Oct 25, 2008
 
x de awek byk lelaki je kat cini
ayu

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#20
Oct 26, 2008
 
mimiazura wrote:
<quoted text>
ya udah....
nek udah jelasin....
masih keliru, engga apa2, datg jumpa nenek, beguru ya....jgn lupa bawak ayam golek n penchok ya...
bandar pengaram tu kat mana?
Statik

Puchong, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#22
Oct 26, 2008
 
ayu wrote:
<quoted text>bandar pengaram tu kat mana?
ko nie mlut ikan yu btol la......
klo nak tau bandar 2 kat na.....
dri la sindiri.......
2 pon org nak kne ajar ka........
jgn ko pon dri spesies kongkang jak kot.....
huhuhuhuhuhuhuh......
maklum la,......
kongkang 2 skarg nie tgh bebas 2........

Since: Oct 08

Kota Tinggi, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#23
Oct 26, 2008
 
ayu wrote:
<quoted text>bandar pengaram tu kat mana?
salam ayu.....

bandar penggaram tu di batu pahat ya....

yok ke johor...jjlan

Tell me when this thread is updated: (Registration is not required)

Add to my Tracker Send me an email

First Prev
of 2
Next Last

Add your comments below

Characters left: 4000

Please note by submitting this form you acknowledge that you have read the Terms of Service and the comment you are posting is in compliance with such terms. Be polite. Inappropriate posts may be removed by the moderator. Send us your feedback.

Other Recent Brunei Discussions

Title Updated Last By Comments
Malaysia sells Petronas assets to Brunei nation... (Dec '13) 17 min KOJAK3 35
TERASA GIAN pada KAKAK BILA melihat TV bersama ... (Sep '12) 27 min KOJAK3 22
MALAYSIA PALING BANYAK PELIHARA BABI...kenapa?? (Mar '12) 36 min KOJAK3 26
@HanZip , Malaysian Pengotor di sini, pulanglah (Feb '13) 47 min rakyat indonesia 3
ORANG BRUNEI BANGSA PALiNG PEMALAS!! (Aug '10) 48 min KOJAK3 3,254
cari bohsia kedah,janda d teman seks (Sep '10) 1 hr mus 331
KOJAK3 aDaLaH FoRuMeR PeMBeRaNi (Feb '12) 3 hr Seliman Manai 493

Search the Brunei Forum:
•••