pencarian anak angkat

Posted in the Brunei Forum

Comments (Page 76)

Showing posts 1,501 - 1,520 of5,480
|
Go to last page| Jump to page:
sueA

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1787
May 7, 2010
 
idrina73 wrote:
Salam...saya pun macam you all juga...mencari baby untuk dijadikan anak angkat...akhirnya saya menemui ibu ni...yang sekarang sedang bertarung nyawa untuk memberikan rezeki allah kepada keluarga saya...
kalau ada rezeki malam ni atau subuh esok saya akan dapat baby boy...setelah lama mencari akhirnya kesabaran saya terbalas sudah....
semoga ibu dan baby selamat...amin...
saya doakan semoga semuanya selamat. tahniah ye!!!...
aku009

Bukit Mertajam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1789
May 7, 2010
 
baguslah Forum ni......aku bela anak angkat (anak luar nikah) Masa dia Darjah 3 baru dia faham yang dia anak angkat. Masa dia usia 18 sebelum masuk Universiti aku berterus terang padanya yang dia anak luar nikah.Sebab dia selalu ingin kenali ibubapanya. Aku bawak dia bertemu dengan ibunya dan ibunya menceritakan segala-galanya bagaimana dia dilahirkan. Sekarang anak angkat aku berada di hospital kerajaan menjawat jawatan doktor. Percayalah kita yang mencorak kain putih yang kita bakal hamparkan.
aku009

Bukit Mertajam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1790
May 7, 2010
 
Aku nak cerita lagi tentang anak angkat. Orang yang ada anak senanglah cakap....Yang tak ada anak macam aku ni dah kahwin 10 tahun lebih maka anak angkatlah penawarnya. Dalam proses mencari anak angkat macam-macam orang yang aku jumpa.

Aku dah ambil anak angkat dari seseorang di Hulu Terengganu. Isteri aku dah sayang sangat pada anak tu. Baby boy. Tapi akhirnya aku serah semula pada mak kandungnya.

Aku bukannya bergaji besar sekadar menjawat jawatan kerajaan. Setiap dua minggu atau sebulan sekali mak baby tu datang mintak duit. Mana tahan.....bila aku siasat memang orang-orang yang pernah ambil anaknya memang terkena begitu.Kebetulan org sebelum ini memang berduit. Bila dah sayang pada baby tu maka rela bayarlah. Isteri aku rela nak bayar tapi aku tak mampu. Mana nak bayar kereta...potongan perumahan dan perbelanjaan lain. Berhati-hati dengan seorang ibu di Hulu Terengganu.(Bukan semua orang Hulu terengganu jangan salah faham). Sekadar kongsi cerita.
aku009

Bukit Mertajam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1791
May 7, 2010
 
Entah kenapa teringin nak menulis lagi..... Ini nasihat pada pasangan yang tak ada anak. Saya kahwin sampai sekarang tak ada anak sendiri. Tempoh hampir 12 tahun kahwin saya tak ada anak. Merata ceruk rantau saya berubat termasuk hospital sehingga di hospital saya hanya melalui sessi kaunseling yang amat memboringkan. 6 tahun berulang alik di hospital kerajaan... sebiji pilpun doktor tak bagi. Tapi pemeriksaan amat menyeluruh saya rasakan dan lalui sendiri.
Hasil rawatan pakar di hospital kerajaan kami dua-dua normal.
Bagaimana kehidupan tak ada anak. Kita terlibat dengan saudara mara merisik bertunang dan berkahwin kemudian kita pulak pergi melawat mereka tu dapat anak. Naluri isteri saya suka baju cantik-cantik untuk hadiah pada baby......saya biarkan sahaja sehinggalah akhirnya malas dah nak pergi melawat rakan atau saudara mara yang beranak sebabnya orang asyik tanya bila pulak kita nak dapat anak....orang tanya dengan ikhlas tapi kita rasa satu penghinaan untuk kita.
Saya ni lelaki dan rakan-rakan ambil jalan mudah je...kahwinlah lagi satu....Rakan-rakan perempuan pulak bukan tak tahu kita ada isteri tapi saje je macam amat bersedia untuk dimadu.
Apapun saya kekal setia pada isteri saya yang satu tu. Barangkali atas kesabaran Tuhan mengurniakan juga seorang anak angkat yang pertama tapi saya nampak masalah mungkin boleh membawa sehingga anak ni besar..saya serahkan semula pada ibunya (Macam cerita kat atas)
Memang susah nak dapat anak angkat ni. Pernah terima telefon suruh ambil anak melalui seorang rakan...saya dan isteri pecut kereta dengan jarak 180 km. Bila sampai je dan boleh pegang Baby tu. Ibu dia tak jadi pulak nak bagi....Balik tangan kosong. Sepanjang perjalanan sunyi sepi dalam kereta, Berhenti makanpun tidak. Pernah Sedara telefon ada orang nak bagi anak angkat kita bergegas pergi dan bila sampai si ibu tu kata baru sejam tadi dia dah bagi pada orang lain.
Aku lihat sendiri bagaimana sedihnya isteri ku. Dan akhirnya aku dapat jugak seorang baby perempuan putih bersih anak luar nikah. Macam macam pulak adik beradik yang dekat ni beri pandangan negetif. Jarang benar yang menyambutnya dengan positif. Aku telan saje apa yang orang kata sebab yang berkata tu punya anak ramai tapi bila kita mintak macam-macam alasan dia beri.
Sekarang tiga anak angkat aku (semua anak luar nikah) menjadi kebanggaan aku dan isteri. Seorang sudah bekerja sebagai doktor. Sorang lagi ada di UiTM dan seorang lagi ni masih di sekolah rendah. Ketiga-tiga mereka menjadi kebanggaan isteri ku sebab sering mendapat jemputan dari pihak sekolah untuk hadiah kecemerlangan di Majlis penerimaan hadiah akhir tahun persekolahan.
Yakin lah dan jangan takut ambil anak luar nikah. Aku nak cerita lagi bagaimana pendaftaran di Pejabat Pendaftaran untuk ambil anak angkat.
Illa

Kuantan, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1792
May 7, 2010
 
aku009 wrote:

Salam,

Jika anak sudah dewasa, barangkali tak salah jika saya panggil Saudara sebagai Pakcik, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman pakcik, saya doakan pakcik dan makcik bahagia di samping anak2 tersayang.
aku009

Bukit Mertajam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1793
May 7, 2010
 
Kalau ambil anak angkat.....Baik anak ada ibubapa atau anak luar nikah.....Perkara yang bakal aku ceritakan ini mesti kena buat. CERITA AKU NI DARI PENGALAMAN AKU AMBIL ANAK LUAR NIKAH DAN BUKAN ANAK YANG ADA BAPA.

Kesemua anak yang aku ambil tu dari hospital. Isteri aku ada contact dengan nurse dan nurse tu yang bagi maklumat ada anak luar nikah dilahirkan.

Anak aku ambil sama-sama dengan ibunya keluar hospital. Aku hantar ibu itu ke rumahnya dan anak aku bawak balik ke rumah aku. Aku bayar semua bil hospital. Bayaran perubatan si ibu selepas bersalin. Semua tu dia tak mintak tapi aku bagi je RM 500 hingga RM 1000 (ikut kemampuan kewangan pada masa tu. Hajat hati memang nak beri RM 1000.)

Masa ambil anak ini perkara yang penting anda kena ambil ialah;
i. Rekord perubatan di hospital
ii. Kad lawatan jururawat desa yang warna biru tu (Jika ada).
iii. Rekod kesihatan ibu mengandung.
iv. Surat beranak
v. Photostat Kad pengenalan ibu
vi. Ambil nama bapa dan no ICnya kalau si ibu tu tahu (Jika mampu dia berikan)
Tamat Urusan peringkat pertama.

Urusan peringkat ke 2...
Kamu kena segerakan daftar sebagai penjaga anak angkat. Sini ada sedikit lucu dengan peraturannya. Tak perlu dibuat di Pejabat Pendaftaran Kerajaan. Cukup sekadar dekat Pesuruhjaya sumpah sahaja. Ada borangnya. Dan bayaran hanya RM5.00. Mengikut kehendak Pesuruhjaya sumpah itu sendiri samada kena bawak atau tidak si ibu yang melahirkan anak itu. Ikut peraturannya kena bawak. Tapi boleh kita ambil surat tu dan pergi je ke rumah ibu baby tu dan dapatkan tandatangannya kemudian kembali ke Pesuruhjaya sumpah.
Dari tarikh kita sebagai penjaga anak angkat ini sehingga cukup 2 tahun barulah kita boleh daftarkan sebagai anak angkat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Bayangkan anak kita ni tidak ada bin atau binti....dah Bagaimana perasaan kita? Jangan susah hati.... Bila kita daftar anak angkat di Pejabat Pendaftaran Negara...surat beranak asal kanak-kanak ini akan dipegang oleh Pejabat Pendaftaran. Segala maklumat kelahiran dan ibu kandung tidak dicatatkan kepada sijil baru atau sijil kelahiran anak angkat.Segala maklumat adalah maklumat ibubapa angkatnya. Sijil atau surat inilah yang kita gunakan menggantikan surat beranak. Orang luar atau pihak sekolah tidak tahu yang anak kita ini anak luar nikah sebab surat anak angkat meletakkan segala butiran ibubapa anak ini adalah butiran ibubapa angkatnya serta statusnya sama dengan surat anak angkat yang lain.
Bila pejabat pendaftaran mengeluarkan sijil anak angkat selepas dua tahun penjagaan kita barulah sah anak ini menjadi anak angkat kita.
Jangan lupa segera buat MyKid untuk anak kita ni sebab lepas ni segala urusan kita gunakan saje mykid ni. Orang tak tahupun anak tu anak angkat ataupun anak itu anak luar nikah. Mykidnya sama saje dengan Mykid anak-anak lain yang ada ibubapa kandung.

Ok.....saya nak menulis lagi lepas ni nak ceritakan tentang bin atau binti anak angkat saya yang tidak ada bapa tu.
aku009

Bukit Mertajam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1794
May 7, 2010
 
Bin atau Binti

Memang perkara ni sangat sensitif. Pada orang yang ada anak kandung sedap je dia berhujah panjang lebar meletakkan dosa dan bercakap soal naf dan macam-macam. Memang benar saya langsung tak nak nafikan. Apa yang diperkatakan oleh orang yang ada anak kandung tu semuanya betul.

APA LAGI USTAZ-USTAZ YANG BERI CERAMAH MENGHENTAM BERTUBI-TUBI BILA BERCERIATA SOAL ANAK TIDAK SAH TARAF. Amat menjengkelkan saya dengar ceramah di TV atau di Radio atau di Surat Khabar. USTAZ-USTAZ DAN PAKAR AGAMA NI BERCERITA LANGSUNG TIDAK AMBIL KIRA PERASAAN ANAK-ANAK LUAR NIKAH ITU SENDIRI BILA BERBICARA SOAL ANAK LUAR NIKAH. Tak percaya cuba kamu perhatikan setiap ceramah sikit je cerita tentang kesalahan si ibu atau bapa yang banyak dia ceritakan soal ANAK LUAR NIKAH itu sendiri.Soal keturunan akan datang. ANAK LUAR NIKAHPUN ADA PERASAAN dan bukan orang jahat malahan lebih baik perangai dari anak yang ada ibubapa kandung. Ini yang sering diluahkan oleh anak saya. Kenapa MASYARAKAT TIDAK ADIL DALAM MEMBICARAKAN soal anak luar nikah.

Terlupa lak nak cerita soal bin dan binti duk cerita perkara lain.

Pejabat Pendaftaran memberi kebenaran untuk kita meletakkan bin atau binti Abdullah. Boleh kita gunakan. Dan pejabat pendaftaran juga membenarkan kita tak letak perkataan bin atau binti. Anak-anak saya semua tak ada bin atau binti. Seperti nama China. sebagai contoh nama yang saya pilih.

i. Mohammad Mustakim Zamani.
ii. Siti Suzana Alia Zamani

Zamani tu nama saya (Bukan nama sebenar). Bila berurusan menggunakan Mykid anak-anak saya ni tak ada yang perasanpun yang mereka ini anak angkat. Tapi guru-guru di sekolah tahu. Malahan kalau anak saya semua guru tahu mereka tu anak angkat.

Saya amat berterima kasih pada cikgu-cikgu di Tadika, sekolah rendah, menengah sebab tak pernah ada rungutan anak saya tentang kawan-kawan dia bergurau atau mempersendakan yang dia tu anak angkat. Nyata cikgu-cikgu amat pegang rahsia butiran peribadi kanak-kanak. Terima kasih cikgu.

Cerita bab bin atau binti ni amat panjang. Bacalah mana-mana artikel memang melarang menggunakan bin atau binti keluarga angkat. Alasanya mudah melibatkan harta pusaka. Tapi tidak ada pulak yang bercerita kalau tak letak bin atau binti?

Secara peribadi pandangan saya (Yang mungkin salah) Apapun yang kita lakukan untuk mengembirakan anak jagaan saya. Gembiranya mereka dah tentu kita turut gembira. LEBIH PENTING MARUAH....Maruah anak-anak kita sudah tentu menjadi MARUAH KITA JUGA.

Resam hidup kanak-kanak kalau murung di zaman kanak-kanaknya maka murunglah seluruh hidupnya hingga dewasa. Kalau dari kecil lagi atau di sekolah lagi kanak-kanak kena sindir....."Anak Luar Nikah".... maka musnahlah seluruh hidup anak-anak itu. INI yang saya amat-amat ingin TUTUP dari pengetahuan kanak-kanak lain. Bila dewasa dah mampu berfikir sendiri dengan matang pasti tidak menjadi masalah anak angkat kita ni tahu statusnya.

Kalau macam saya ni, ini anak-anak saya harta saya memang saya akan bagi pada mereka bertiga. Sebab mereka bertiga nilah yang menceriakan hidup saya. Kanak-kanak ini pulak saya dan isteri sayalah ibubapa mereka. Mereka tahu ada ibu kandung malahan yang paling tua sekarang ni cukup rapat dengan ibu kandungnya tapi apa-apa sahaja dia tetap pulang ke rumah saya.

Sehingga sekarang saya belum ada pengalaman anak saya ni berkahwin. Dengan kata lain belum dapat menantu lagi. Dan tak adalah pengalaman bagaimana proses perkahwinan anak-anak luar nikah ini.
aku009

Bukit Mertajam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1795
May 7, 2010
 
Kepada anak-anak ku....

kalau mereka membaca mungkin dia boleh agak ini tulisan ayahnya. Anak-anak saya ni pasti akan baca bila jumpa je tulisan berkenaan anak angkat atau anak luar nikah. Ayah tak ada apa-apa niat lain selain ingin membantu masyarakat JANGAN TAKUT UNTUK ambil anak luar nikah jadi anak angkat anda. Kalau ingin bertanya pada saya boleh guna forum ni.....saya tidak bersedia untuk mendedahkan diri saya.

KEPADA USTAZ-USTAZ ATAU PAKAR-PAKAR AGAMA ATAU MOTIVASI Berhati-hatilah membicarakan soal anak luar nikah...JANGAN IKUT SEDAP MULUT JE MENUDUH sebab di sekeliling kita ramai anak luar nikah yang cukup terasa hati dengan pandangan-pandangan USTAZ-USTAZ SERTA ORANG-ORANG YANG MENGAKU CUKUP ARIF SOAL AGAMA NI.Dunia sudah berubah, anak luar nikah yang sudah dewasa dah bercucu ada di sekeliling kita. Mereka hidup bahagia macam kita juga. Namun hatinya sentiasa terhiris bila tokoh-tokoh yang kononnya pakar Motivasi atau pakar agama membicarakan soal anak luar nikah ni.

Saya akan jawab dan bantu anda yang memerlukan apa-apa pertanyaan. Tapi saya tidak punya banyak masa untuk duduk depan komputer.

sekian.

aku009

Bukit Mertajam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1796
May 7, 2010
 
Illa wrote:
<quoted text>
Salam,
Jika anak sudah dewasa, barangkali tak salah jika saya panggil Saudara sebagai Pakcik, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman pakcik, saya doakan pakcik dan makcik bahagia di samping anak2 tersayang.
Memang dah Pak Cik pun

Since: Apr 10

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1797
May 7, 2010
 
manje wrote:
klw awk tak wat mcmtu takpe la...
tp ada famili yg minta sy mcmtu...
mungkin manje maksudkan tu sy.. sy hanya minta dibiayai kos rawatan bersalin saja... dan minta utk bersama dgn anak buat seketika..
tp xpelah, alhamdulillah.. manje pun dah dapat anak angkat, mabruk..

Since: Apr 10

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1798
May 7, 2010
 
Hati sunyi wrote:
<quoted text>
Salam Niffan, boleh saya tahu syarat2 untuk mengambil bayi anda seandainya sudi berkongsi dgn saya boleh sms pada 016 6510298
wsalam Hati sunyi... buat masa ni sy xnak letakkan apa2 syarat lg.. sbb skrg sy 50-50 sama ada nak serahkan anak ni ataupun nak jaga sendiri.. maaf jika sy buat anda berharap.. walau apa pun, terima kasih kerana bertanya.. sy da ambil no fon Hati sunyi, jika Allah bukakan smula hati sy utk serahkan anak ini, sy akan hubungi Hati sunyi ye...

Since: Apr 10

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1799
May 7, 2010
 
ummi nurin wrote:
saya stuju dgn niffan.saya sbgai ppuan turut trasa sukar dan perit dgn apa yg berlaku.seolah2 perkara itu berlaku keatas kita.cuba bayangkan bagamana jika perkara ini berlaku ke atas kita.yg pniting perlu ada ketabahan dan kesabaran untuk menghadapinya.jika niffan doh nekad utk mjaga bb sendiri,tekadkan hati dan kuatkan semangat kerana hidup masih panjang n byk dugaan yg menanti.insyallah niffan dpt mnghadapinya.
terima kasih ummi nurin, sy amat perlukan sokongan spt ini.. susah nak dgr pendapat spt ummi nurin.. insyaAllah, sy sedang mencuba untuk menguatkan dan menyiapkan diri utk menerima kelahiran anugerah Allah yg suci ini.. doa dari ummi nurin juga sy harapkan.. semoga ummi nurin sentiasa berada dlm kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan.. barakallahu fik..:)

Since: Apr 10

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1800
May 7, 2010
 
aku009 wrote:
Kalau ambil anak angkat.....Baik anak ada ibubapa atau anak luar nikah.....Perkara yang bakal aku ceritakan ini mesti kena buat. CERITA AKU NI DARI PENGALAMAN AKU AMBIL ANAK LUAR NIKAH DAN BUKAN ANAK YANG ADA BAPA.
Kesemua anak yang aku ambil tu dari hospital. Isteri aku ada contact dengan nurse dan nurse tu yang bagi maklumat ada anak luar nikah dilahirkan.
Anak aku ambil sama-sama dengan ibunya keluar hospital. Aku hantar ibu itu ke rumahnya dan anak aku bawak balik ke rumah aku. Aku bayar semua bil hospital. Bayaran perubatan si ibu selepas bersalin. Semua tu dia tak mintak tapi aku bagi je RM 500 hingga RM 1000 (ikut kemampuan kewangan pada masa tu. Hajat hati memang nak beri RM 1000.)
Masa ambil anak ini perkara yang penting anda kena ambil ialah;
i. Rekord perubatan di hospital
ii. Kad lawatan jururawat desa yang warna biru tu (Jika ada).
iii. Rekod kesihatan ibu mengandung.
iv. Surat beranak
v. Photostat Kad pengenalan ibu
vi. Ambil nama bapa dan no ICnya kalau si ibu tu tahu (Jika mampu dia berikan)
Tamat Urusan peringkat pertama.
Urusan peringkat ke 2...
Kamu kena segerakan daftar sebagai penjaga anak angkat. Sini ada sedikit lucu dengan peraturannya. Tak perlu dibuat di Pejabat Pendaftaran Kerajaan. Cukup sekadar dekat Pesuruhjaya sumpah sahaja. Ada borangnya. Dan bayaran hanya RM5.00. Mengikut kehendak Pesuruhjaya sumpah itu sendiri samada kena bawak atau tidak si ibu yang melahirkan anak itu. Ikut peraturannya kena bawak. Tapi boleh kita ambil surat tu dan pergi je ke rumah ibu baby tu dan dapatkan tandatangannya kemudian kembali ke Pesuruhjaya sumpah.
Dari tarikh kita sebagai penjaga anak angkat ini sehingga cukup 2 tahun barulah kita boleh daftarkan sebagai anak angkat di Pejabat Pendaftaran Negara.
Bayangkan anak kita ni tidak ada bin atau binti....dah Bagaimana perasaan kita? Jangan susah hati.... Bila kita daftar anak angkat di Pejabat Pendaftaran Negara...surat beranak asal kanak-kanak ini akan dipegang oleh Pejabat Pendaftaran. Segala maklumat kelahiran dan ibu kandung tidak dicatatkan kepada sijil baru atau sijil kelahiran anak angkat.Segala maklumat adalah maklumat ibubapa angkatnya. Sijil atau surat inilah yang kita gunakan menggantikan surat beranak. Orang luar atau pihak sekolah tidak tahu yang anak kita ini anak luar nikah sebab surat anak angkat meletakkan segala butiran ibubapa anak ini adalah butiran ibubapa angkatnya serta statusnya sama dengan surat anak angkat yang lain.
Bila pejabat pendaftaran mengeluarkan sijil anak angkat selepas dua tahun penjagaan kita barulah sah anak ini menjadi anak angkat kita.
Jangan lupa segera buat MyKid untuk anak kita ni sebab lepas ni segala urusan kita gunakan saje mykid ni. Orang tak tahupun anak tu anak angkat ataupun anak itu anak luar nikah. Mykidnya sama saje dengan Mykid anak-anak lain yang ada ibubapa kandung.
Ok.....saya nak menulis lagi lepas ni nak ceritakan tentang bin atau binti anak angkat saya yang tidak ada bapa tu.
Terharu sy membaca kisah aku009... Hanya Allah yg dpt membalas amalan baik anda dan keluarga yg sungguh suci ini... Kesungguhan membesarkan anak2 yg suci (walaupun hasil dari perbuatan haram) patut diberi penghormatan kerana mempunyai rasa tanggungjawab dan niat yg murni.. Sy amat kagum kerana aku009 dan isteri berjaya mendidik anak2 itu menjadi anak2 yg berjaya.. Semoga dilimpahkan rahmat dan inayah ke atas keluarga aku009.. Barakallahu fikum~!
Hati sunyi

Kuantan, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1801
May 7, 2010
 
niffan wrote:
<quoted text>
wsalam Hati sunyi... buat masa ni sy xnak letakkan apa2 syarat lg.. sbb skrg sy 50-50 sama ada nak serahkan anak ni ataupun nak jaga sendiri.. maaf jika sy buat anda berharap.. walau apa pun, terima kasih kerana bertanya.. sy da ambil no fon Hati sunyi, jika Allah bukakan smula hati sy utk serahkan anak ini, sy akan hubungi Hati sunyi ye...
Salam Niffan, terima kasih kerana respon mesej saya, saya serahkan kepada anda untuk membuat keputusan samada nak jaga sendiri atau nak diserahkan pada saya saya terima apa2 pon keputusannya anda dengan hati yang terbuka, semoga jadi yang terbaik untuk kita. insyallah..
manje

Ipoh, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1802
May 7, 2010
 
saya nak share skitla...pada mulanye mmg sy terdesak..sy harap sgt2 nak baby cepat..kemudian sy ada kenal seorg puan dr rumah kebajikan yg baik sgt dengan sy..dia selalu nasihatkan saya...dia pesan pada saya jika baby yg kte nak tu tak dapat bermakna baby tu bkn utk kte..Allah mesti nak bg pada kte yg lebih baik dr tu..sbb tu bila sy apply kat memana tp lambat sy sabar..bila saya dah nak dpt baby dr tgn org ada je prob..sy still sabar dan saya berdoa...at last sy dpt col suruh dtg intvw and dtg tgk baby..settle document..jumpe doktor utk keluarkan susu...ambil baby semua berlaku dlm masa seminggu n semua berjln dgn smooth...Sungguh hebat aturan yg Allah berikan..sy bersyukur sgt dpt baby girl baru 18hari..namanye Nur Qisya Qistina...baik sgt..senyap je...sesekali je baru nangis..malam pun tak kacau sy tdo..susu botol bole..susu badan pun bole wlwpun sy belum keluar susu lg..sy ngn hubby habiskn berapa ribu utk beli brg2nye...seronok sgt2...jiran2..famili..kwn2..s emua berebut2 nak tgk dia...murah rezeki sy bila dpt dia...hubby sy naik gaji...sy pun sama gak...

pada sesapa yg nak baby bole je try apply di orphan care...or Raudhatus Sakinah JIM..le search tenet...sy mayb afta diz jarang join kat cni...coz skrg dah bz...hehehe sy doakan kengkwn yg senasib ngn sy akan dpt apa yg dihajati....berhati-hati bila ambil dr tgn org..tnye detail2..jgn smpi tertipu...
ummi nurin

Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1803
May 8, 2010
 
manje jgn brhenti ye.leh awak cite psl qisya.bestkan,mmang hebatkan.Allah ttetap bg stiap anak tu anugerah wpn bkn kita yg lahirkan.bayangkn jk Allah pmdhkan klahirannya,kita yg tiada pertalian akn kran mnghrgaiany.melalui cara bb tu smpai awk dgn rintangan sblm ni tentu kita akn lbh mghargai khdirannya.blh saya tnya awak dpt bb kat mana.saya nk cuba,please
lina

Ampang, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1805
May 8, 2010
 
idrina73 wrote:
Salam...saya pun macam you all juga...mencari baby untuk dijadikan anak angkat...akhirnya saya menemui ibu ni...yang sekarang sedang bertarung nyawa untuk memberikan rezeki allah kepada keluarga saya...
kalau ada rezeki malam ni atau subuh esok saya akan dapat baby boy...setelah lama mencari akhirnya kesabaran saya terbalas sudah....
semoga ibu dan baby selamat...amin...
salam irdina,
suka nya sy ble awk dpt baby juga akhirnya... doakan sy supaya akan dapat juga bb mcm awk...
ibu angkat

Kuala Lumpur, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1806
May 8, 2010
 
aku009 wrote:
Bin atau Binti
Memang perkara ni sangat sensitif. Pada orang yang ada anak kandung sedap je dia berhujah panjang lebar meletakkan dosa dan bercakap soal naf dan macam-macam. Memang benar saya langsung tak nak nafikan. Apa yang diperkatakan oleh orang yang ada anak kandung tu semuanya betul.
APA LAGI USTAZ-USTAZ YANG BERI CERAMAH MENGHENTAM BERTUBI-TUBI BILA BERCERIATA SOAL ANAK TIDAK SAH TARAF. Amat menjengkelkan saya dengar ceramah di TV atau di Radio atau di Surat Khabar. USTAZ-USTAZ DAN PAKAR AGAMA NI BERCERITA LANGSUNG TIDAK AMBIL KIRA PERASAAN ANAK-ANAK LUAR NIKAH ITU SENDIRI BILA BERBICARA SOAL ANAK LUAR NIKAH. Tak percaya cuba kamu perhatikan setiap ceramah sikit je cerita tentang kesalahan si ibu atau bapa yang banyak dia ceritakan soal ANAK LUAR NIKAH itu sendiri.Soal keturunan akan datang. ANAK LUAR NIKAHPUN ADA PERASAAN dan bukan orang jahat malahan lebih baik perangai dari anak yang ada ibubapa kandung. Ini yang sering diluahkan oleh anak saya. Kenapa MASYARAKAT TIDAK ADIL DALAM MEMBICARAKAN soal anak luar nikah.
Terlupa lak nak cerita soal bin dan binti duk cerita perkara lain.
Pejabat Pendaftaran memberi kebenaran untuk kita meletakkan bin atau binti Abdullah. Boleh kita gunakan. Dan pejabat pendaftaran juga membenarkan kita tak letak perkataan bin atau binti. Anak-anak saya semua tak ada bin atau binti. Seperti nama China. sebagai contoh nama yang saya pilih.
i. Mohammad Mustakim Zamani.
ii. Siti Suzana Alia Zamani
Zamani tu nama saya (Bukan nama sebenar). Bila berurusan menggunakan Mykid anak-anak saya ni tak ada yang perasanpun yang mereka ini anak angkat. Tapi guru-guru di sekolah tahu. Malahan kalau anak saya semua guru tahu mereka tu anak angkat.
Saya amat berterima kasih pada cikgu-cikgu di Tadika, sekolah rendah, menengah sebab tak pernah ada rungutan anak saya tentang kawan-kawan dia bergurau atau mempersendakan yang dia tu anak angkat. Nyata cikgu-cikgu amat pegang rahsia butiran peribadi kanak-kanak. Terima kasih cikgu.
Cerita bab bin atau binti ni amat panjang. Bacalah mana-mana artikel memang melarang menggunakan bin atau binti keluarga angkat. Alasanya mudah melibatkan harta pusaka. Tapi tidak ada pulak yang bercerita kalau tak letak bin atau binti?
Secara peribadi pandangan saya (Yang mungkin salah) Apapun yang kita lakukan untuk mengembirakan anak jagaan saya. Gembiranya mereka dah tentu kita turut gembira. LEBIH PENTING MARUAH....Maruah anak-anak kita sudah tentu menjadi MARUAH KITA JUGA.
Resam hidup kanak-kanak kalau murung di zaman kanak-kanaknya maka murunglah seluruh hidupnya hingga dewasa. Kalau dari kecil lagi atau di sekolah lagi kanak-kanak kena sindir....."Anak Luar Nikah".... maka musnahlah seluruh hidup anak-anak itu. INI yang saya amat-amat ingin TUTUP dari pengetahuan kanak-kanak lain. Bila dewasa dah mampu berfikir sendiri dengan matang pasti tidak menjadi masalah anak angkat kita ni tahu statusnya.
Kalau macam saya ni, ini anak-anak saya harta saya memang saya akan bagi pada mereka bertiga. Sebab mereka bertiga nilah yang menceriakan hidup saya. Kanak-kanak ini pulak saya dan isteri sayalah ibubapa mereka. Mereka tahu ada ibu kandung malahan yang paling tua sekarang ni cukup rapat dengan ibu kandungnya tapi apa-apa sahaja dia tetap pulang ke rumah saya.
Sehingga sekarang saya belum ada pengalaman anak saya ni berkahwin. Dengan kata lain belum dapat menantu lagi. Dan tak adalah pengalaman bagaimana proses perkahwinan anak-anak luar nikah ini.
saya nak btnya pada encik.... saya ada seorang anak angkat daftar ari 2 dia org x ckp apa2 pun tentang bin tapi saya pernah tnya jpn diaorg x jwb pun saya pun teringin nak letak nama huisband kat belakang tnpa bin bukan apa2 kesian nnt org kampung mengata dia nnt besar.. karng ni boleh ke kita pergi ubah kat jpn tentang bin ni....
balqis

Kuala Lumpur, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1808
May 9, 2010
 
New Ayah Soon wrote:
(manje, u ke family yg ayahsoon tu maksudkan?...
kes u macammana? adakah family kandung baby tu mintak u bayar mereka?
saya ni peliklah, knp jadikan baby tu sumber pendapatan terhadap insan seperti kita ni?...)
Salam,Erm x sangka kan,hanya kerana nila setitik,rosak susu sebelanga,untuk pegetahuan anda semua,saya xpernah dan xterfikir pun untuk memperdagangkan anak kami,malah kami x minta 1SEN pun pada bakal keluarga yang kami pileh.Harap maklum.
salam New Ayah Soon saya br jer baca forum nie dah lama tak join.
kalau boleh saya tahu New Ayah Soon dah ada org ker untuk baby. Coz saya pun dah lama kawin dan teringin untuk ada baby. harap New Ayah Soon leh email saya untuk keterangan lanjut berkenaan saya.
harap New Ayah Soon pertimbangkan permintaan saya.
Sekiranya New Ayah Soon dah buat pilihan untuk baby saya harapkan yang terbaik untuk baby.
siti

Kuala Lumpur, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1810
May 10, 2010
 
to Ayah New Soon
saya rasa saya faham keingin isteri ayah new soon untuk bersama dengan baby walaupun hanya 2 minggu coz saya ada ambil anak angkat sekarang dah berusia 4 bulan.saya menjaga ibu yang berpantang dirumah saya sendiri bersama dengan baby yang diserahkan kepada saya alhamdulillah kami masih lagi berhubung dengan ibu kandung baby. Walau pun dah ada baby saya masih ingin baby lagi coz saya amat menyayangi anak2 kecil. Saya ingin melihat keletah anak2 kecil yg membuat saya sentiasa gembira.Saya berharap new ayah soon buat pilihan yang tepat dan ikut kata hati bukan perasaan.

disini sekiranya ada yang sudi memberi baby saya sedia menerima.Saya berdoa semua yang menanti kehadiran insan kecil semoga penantian tuan/puan berakhir dengan impian yang tercapai.

Tell me when this thread is updated: (Registration is not required)

Add to my Tracker Send me an email

Showing posts 1,501 - 1,520 of5,480
|
Go to last page| Jump to page:
Type in your comments below
Name
(appears on your post)
Comments
Characters left: 4000

Please note by clicking on "Post Comment" you acknowledge that you have read the Terms of Service and the comment you are posting is in compliance with such terms. Be polite. Inappropriate posts may be removed by the moderator. Send us your feedback.

10 Users are viewing the Brunei Forum right now

Search the Brunei Forum:
Topic Updated Last By Comments
nak cari mak datin gersang (Sep '10) 2 hr khai 533
Video Nurse RIPAS d hamba abdikan olih sebuah k... 4 hr Pengampas taie 10
siapa suka cium seluar dalam anak dara mengapa? (Dec '07) 6 hr gijon 3,681
Siapa sudah kenal dengan tuhan..??? (Feb '10) 7 hr tok ayah 76,325
Bond itu benar, somoga dapat tak lama lagi (May '10) 8 hr akudtgdrpuki 127,742
KOJAK3 aDaLaH FoRuMeR PeMBeRaNi (Feb '12) 15 hr Kojak3 asli 489
kesedapan jubur adikku, nina 15 hr Kojak3 Kedayan Mihir 10
•••
•••
•••
•••